Selamat Datang...sila hubungi kami 047825259 untuk pakej pelancongan dengan harga berpatutan...

Wednesday 2 October 2013

PULAU MABUL-SIPADAN-KAPALAI





PULAU MABUL-SIPADAN-KAPALAI
3H 2M
RM990.00 (MIN 10 PAX)

Hari 01           KUALA LUMPUR - TAWAU
Berlepas dengan penerbangan Air Asia dari KLIA ke Airport Tawau. Anda akan dibawa ke Semporna yang mengambil masa kira kira 1 jam perjalanan. Sampai di pekan Semporna anda dibawa menaiki bot untuk ke Pulau Mabul yang memakan masa selama 1 jam. Kemudian anda dibawa untuk makan tengahari.check in hotel. Anda boleh memilih acara snorkeling pada petang atau pada keesokkan harinya.  Aktiviti bebas. Anda boleh ke menara pemerhati di mana ada boleh melihat matahari terbenam dan juga terbit.

Hari 02           PULAU KAPALAI - SIPADAN
Sarapan pagi. Bertolak ke Pulau Kapalai untuk melakukan aktiviti snorkeling.Pulau Sipadan ada had limitnya berbanding pulau Kapalai yang tiada limit. Pulau Kapalai memang tiada daratan langsung sebab sudah ditenggalami air.anda berpeluang melihat pelbagai jenis ikan dan penyu berenang di hadapan mata sendiri Limit ke Pulau Sipadan hanya 100 orang sehari dan anda perlu memohon permit sebelum ke Pulau Sipadan.Keunikan Mabul-Kapalai berbanding pulau-pulau lain di Malaysia ini sebab terdapat terlalu banyak batu-batu karang yang terpelihara cantik tak terusik, pelbagai spesis ikan laut dalam dan cetek yang cantik boleh ditemui di sini, spesis penyu yang berlainan (berbanding penyu terengganu yang hitam) dan tentu sekali keunikan orang-orang Bajau Laut yang sentiasa tinggal di atas bot/sampan atas laut di sini mencerminkan keharmonian masyarakat di Mabul itu sendiri.


HARI 03         MABUL
Selain acara snorkeling dan diving, anda juga boleh menyertai acara memancing dan berkayak di sekitar pulau Mabul ini. Namun acara memancing ada bayarannya.Masa yang terluang anda boleh berjalan jalan mengelilingi pulau Mabul. Anda akan diserbu kanak - kanak yang meminta makanan atau duit, kadang - kadang sekumpulan yang datang.Anda boleh menikmati pisang bakar dengan harga RM 0.20 sen sahaja sebatang.check out hotel. Bertolak ke Pekan Semporna dengan menaiki boat. Bermalam di pekan Semporna.

HARI 04
Sarapan pagi.Selepas check out hotel. Jalan -  jalan sekitar pekan semporna dan bertolak ke Tawau untuk penerbangan pulang.


Harga Termasuk :
Tiket Penerbangan Pergi/Balik (Air Asia)
Pengangkutan dari Airport Tawau ke Pekan Semporna (pergi/balik)
Pengangkutan feri dari Jeti Semporna ke Jeti Sipadan (pergi/balik)
Penginapan 3 malam di hotel
Set snorkeling 1 x









No comments:

Post a Comment