Selamat Datang...sila hubungi kami 047825259 untuk pakej pelancongan dengan harga berpatutan...

Thursday 13 February 2014

CAMERON HIGHLAND 7 DAN 8 FEB 2013


PERJALANAN DENGAN MENAIKI VAN DARI ALOR SETAR - CAMERON..

2H 1M
RM150 SEORANG

TENTATIF PROGRAM :

HARI 01 :
BERTOLAK PAGI
4 JAM PERJALANAN
 CHECK IN HOTEL
 MARDI

CACTUS POINT
LADANG LEBAH
MALAM - PASAR MALAM

HARI 02 :
LADANG TEH
LAVENDAR FARM 
KAMPUNG SEDIA - LADANG STRAWBERRY
STRAWBERRY FARM
BUTTERFLY FARM
ARKED PELADANG
MEMBELI BELAH SEBELUM BERTOLAK PULANG

JIKA BERMINAT CALL NOWW..0194263105 / 0114699202 / 047825259


STRAWBERRY COKLAT SEGAR DARI LADANG 4 BATANG RM10..SEDAP HINGGA MENJILAT JARI..YANG NI MAKAN KAT MARDI..HARGA TIKET DEWASA RM3 KANAK2 RM1.50

TAMAN RAMA RAMA


ANTARA DERETAN KEDAI YANG ADA DI SEPANJANG JALAN

KOBIS SEGAR

MEMETIK SENDIRI STRAWBERRY..SETENGAH KILO RM30

TERDAPAT RESTORAN, KILANG TEH,PUSAT JUALAN TEH MURAH..MURAH..

CACTUS POINT..

BRINCHANG HILL..MEMANG TINGGI..GAYAT OOOO...

LADANG TEH 

LADANG LEBAH..MASUK FREE






KOTA KINABALU 4H 3M - MAJLIS BELIA DAERAH YAN 16 HINGGA 19 JAN 2014

4h 3m..layan....jika berminat cepat cepat hubungi kami...
















  • MELANCONG KE SABAH
    PAKEJ 4HARI 3MALAM
    16.1.2014 sehingga 19.1.2014
    HARI PERTAMA
    AMBIL PELANGGAN DARI AIRPORT BAWA PELANGGAN. ROUND KK.MAKAN MALAM DI PASAR FILIPINA

    HARI KEDUA
    AWAL PAGI BAWA PELANGGAN KE RESTOREN SARAPAN PAGI BERTOLAK KE KUNDASANG KINABALU PARK CHECK DI KUNDASANG. BAWA KE PORING KOLAM AIR PANAS  KG LUANTI SPA IKAN PASAR SAYUR KUNDASANG HANTAR PULANG KE PENGINAPAN MALAM AKTIVITI BEBAS

    HARI KETIGA
    CHECK OUT BAWA PELANGGAN KE RESTOREN SARAPAN PEKAN NABALU TURUN KE TOWN JAMBATAN TANPARULI RUMAH TERBALIK HANTAR PELANGGAN PULANG KE HOMESTAY REHAT BAWA PELANGGAN PULAU MANUKAN , PELANGGAN BOLEH MANDI , SNORCLING, HANTAR PELANGGAN PULANG . REHAT MALAM BAWA PELANGGAN KE PASAR SINSURAN, PASAR FILIPIN, KG AIR, SHOPPING HANTAR PULANG KE HOTEL

    HARI KEEMPAT
    CHECK OUT HOMESTAY HANTAR PELANGGAN KE AIRPORT
    PAKEJ TERMASUK SERVIS AMBIL DAN HANTAR PELANGGAN KE AIRPORT 

ChengalMas Travel & Tours Sdn Bhd(989709 H) (KPL/LN :6875) (MATTA :MA 4112)
Mailing Address :
No.A-3, Tingkat Atas,
Taman Bandar Baru Fasa 3,
Jalan Pokok Sena,
Kedah Darul Aman.

Contact Number :
Tel : 04-7825259 Fax : 04-7821159  H/P 0194263105 / 01114699202 / 01114477615



Office Hours:
Sunday to Thursday : 9.00am to 5.00pm
Saturday : 9.00am to 2.00pm
Friday / Public Holidays: Closed
Email: chengalmas_ttsb@yahoo.com / marlia_84my@yahoo.com / muhamadshayuti@yahoo.com.my
Website : http://http://www.facebook.com/pages/Chengalmas-Travel-Tours-Sdn-Bhd/443399709031304?fref=ts
http://chengalmas.blogspot.com/

en syed ajarul from kl..krabi 3h 2m 31 hingga 2 feb 2014

jika berminat hubungi kami..

kami akan atur perjalanan anda


ChengalMas Travel & Tours Sdn Bhd(989709 H) (KPL/LN :6875) (MATTA :MA 4112)
Mailing Address :
No.A-3, Tingkat Atas,
Taman Bandar Baru Fasa 3,
Jalan Pokok Sena,
Kedah Darul Aman.

Contact Number :
Tel : 04-7825259 Fax : 04-7821159  H/P 0194263105 / 01114699202 / 01114477615



Office Hours:
Sunday to Thursday : 9.00am to 5.00pm
Saturday : 9.00am to 2.00pm
Friday / Public Holidays: Closed
Email: chengalmas_ttsb@yahoo.com / marlia_84my@yahoo.com / muhamadshayuti@yahoo.com.my
Website : http://http://www.facebook.com/pages/Chengalmas-Travel-Tours-Sdn-Bhd/443399709031304?fref=ts
http://chengalmas.blogspot.com/








 
 
 
 
 
 

KRABI-HATYAI 3H 2M JAN 2014 31 HINGGA 3 FEB 2014 GLOBEGAS COMPANY KL..TQ


GROUP KE KRABI..VAN PICK UP DARI KAJANG..

JIKA BERMINAT BOLEH HUBUNGI KAMI UNTUK SEBUTHARGA DARI TEMPAT ANDA DIRECT KE KRABI..

PEJABAT : 047825259
H/P : 01114699202/019 4263105

JIKA MAHUKAN TENTATIF PROGRAM SILA HUBUNGI KAMI, KAMI SEDIA MEMBANTU..

TERIMA KASIH.
















LOST WORLD OF TAMBUN - MORRIS FOOD KEDAH

PERJALANAN DENGAN MENAIKI BAS....

LAYAN GAMBAR..TERIMA KASIH..

SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK TEMPAH TIKET MASUK LOST WORLD OF TAMBUN BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN 047825259/HP 01114699202


 BERTOLAK DARI ALOR SETAR JAM 7.30 PAGI










 PINTU DEPAN LOST WORLD OF TAMBUN


 


 



SEDIKIT INFO TENTANG LOST WORLD OF TAMBUN

 Lima elemen utama yang menjadi tarikan utama pengunjung untuk mengalami suasana pengembaraan bertaraf dunia adalah – Taman Air, Taman Keriangan, Kolam Air Panas Lost World, Lembah Harimau dan Lost World Petting Zoo.


(1) Taman Tema Air (Water Park)
Taman Air Terjun Pantai yang mempesonakan dan permainan air sesuai untuk semua peringkat umur. Keindahan Taman Air Terjun (Waterfall Beach Garden) turut disertai dengan permainan air menarik untuk semua!

Di River & Beach garden, pengunjung berpeluang untuk menikmati pantai buatan manusia yang sempuna dan dikelilingi air terjun setinggi 20 kaki dengan dua sungai mengalir terus ke dalam kolam. Pasir pantai seputih mutiara dihiasi taman tropika yang subur serta pembentukan formasi batu indah membuatkan pengunjung tidak sabar untuk memulakan pengembaraan di Lost World of Tambun. Ketika bermandi manda di Waterfall Beach Garden, pastikan anda mengunjungi kolam air buatan manusia terbesar di Malaysia dengan ombak setinggi tiga kaki di Jungle Wave Bay. Kemudian, segarkan badan dengan alunan irama muzik indah di Musical Body Wash sebelum singgah ke Sandy Bay untuk bermain bola tampar pantai sama ada bersama rakan atau keluarga mahupun berjemur di bawah cahaya matahari untuk menikmati udara nyaman.

Bagi kanak-kanak bersedia untuk menyelami pengembaraan Explorabay, yang direka khas untuk pengunjung cilik. Lengkap dengan kawalan keselamatan yang sempurna, kanak-kanak berpeluang untuk meneroka permainan yang disediakan di situ. Explorabay menyediakan papan gelongsor kecil untuk kanak-kanak bermain. Di satu sudut lain terdapat permainan interaktif berasaskan air antaranya baldi gergasi, meriam air, semburan gajah, air pancut dan jendela air. Tarikan yang bakal mengujakan kanak-kanak di Explorabay adalah sebuah kapal lanun yang direka khas untuk mereka bermain dalam suasana menggembirakan!

Pengunjung dewasa mahupun remaja yang ingin berhadapan dengan cabaran boleh mencuba Cliff Racer yang direka khas untuk meningkatkan tahap adrenalin anda dan sewaktu menggelongsor seakan-akan gaya Indiana Jones – kelajuannya mencecah tahap maksima! Aliran airnya yang deras membuatkan tiub akan berhenti tepat dihujung gelongsor itu.
Sementara anda masih di taman tema air (wet park) jangan lupa singgah sebentar ke Tube Raiders iaitu papan gelongsor air yang terpanjang di Malaysia! Ia menjadi tarikan pengunjung setiap kali melawat taman tema itu.

Jika anda tercari-cari permainan air yang lebih santai Adventure River adalah tempatnya. Pengunjung hanya perlu duduk di atas tiub dan biarkan ia terapung mengikut aliran sungai sepanjang 600 meter. Sepanjang perjalanan pengunjung berpeluang melihat keindahan semulajadi gua batu kapur dan kecantikan alam semulajadi yang tiada tandingan. Bagaimanapun, pengunjung perlu berwaspada kerana ada kejutan ketika merentasi sungai buatan manusia itu!


(2) TAMAN KERIANGAN (AMUSEMENT PARK)
Pelbagai permainan menarik untuk semua pengunjung tidak kira sama ada tua ataupun muda!
Selepas bermandi manda di taman tema air (water park) pengunjung bepeluang untuk menaiki „penerbangan‟ sambil menikmati pemandangan indah ketika mengeringkan badan di Dragon Flights.

Permainan itu akan membuatkan pengujung seolah-olah terbang di awan. Kemudian, singgah sebentar menaiki kapal lanun Stormrider yang akan dihayunkan setinggi 180 darjah sehingga membuatkan pengunjung teruja selama beberapa minit.

Pengunjung yang mempunyai anak kecil pula boleh singgah sebentar di permainan kuda pusing Perak Parade dan Giddy Galleon untuk keluarga yang ingin mengeringkan badan selepas penat bermandi manda di taman tema air (water park). Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menaiki kereta api lokomotif antik Adventure Express; sepanjang perjalanan anda sekeluarga akan melalui beberapa kawasan menarik di sekitar Lost World of Tambun.


(3) KOLAM AIR PANAS LOST WORLD (LOST WORLD HOT SPRINGS)
Berehat dan tenangkan minda seketika dil Lost World Hot Springs!
Selepas seharian bergembira di taman tema Lost World of Tambun, tidak lengkap kunjungan anda jika tidak singgah sebentar di Lost World Hot Springs untuk memanjakan tubuh badan anda. Kolam air panas itu mengandungi galian mineral semulajadi 100% tulen. Kesegaran dan kebersihan kolam air panas itu dihasilkan melalui bukit batu kapur yang kemudiannya mengalir terus ke Sungai Kopisan. Pelbagai jenis mineral terdapat dalam kolam air panas itu antaranya Kalsium Karbonat, Sodium, Kalsium, Potassium, Magnesium, Sulfat, Klorida dan Besi. Kolam itu adalah pilihan terbaik bagi pengunjung yang ingin mementingkan kesihatan diri.


(4) LEMBAH HARIMAU (TIGER VALLEY)
Lihat harimau Siberia beraksi, bermain dan makan sambil mempelajari kehidupan haiwan liar itu di Lost World of Tambun’s Tiger Valley!
Mari berkenalan dengan Sultan, Raima, Putra, Jazz dan Azian; harimau Siberia milik Lost World of Tambun. Lihat aksi lincah harimau bersama penjaga sewaktu berkunjung ke Tiger Valley, dan tumpukan sepenuh pehatian bagaimana harimau itu menunjukkan kemahiran dengan melompat ke atas batu dan memanjat batang kayu untuk mendapatkan makanan. Pengunjung yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai harimau berkenaan berpeluang dengan menyertai program pendidikan yang disediakan bagi mempelajari kehidupan haiwan yang semakin pupus itu secara dekat.


(5) LOST WORLD PETTING ZOO (LOST WORLD PETTING ZOO)
Pencinta haiwan berpeluang untuk mendekatinya dengan lebih dekat di Lost World of Tambun Petting Zoo!

Lost World of Tambun Petting Zoo adalah tarikan baru yang diwujudkan di taman tema itu. Berkonsepkan mini zoo, pengunjung berpeluang untuk mendekati haiwan dengan beberapa sepsis haiwan yang tinggal di dalam zoo itu. Antara haiwan yang menjadi kegemaran pengunjung termasuklah – Ruby si rakun, Nia (ular sawa) dan Wira (Green Macaw). Luangkan masa untuk berjalan di sekitar zoo dan pengunjung dapat mendekati haiwan itu dengan melihat habitat semulajadi, menyentuh dan memberi makanan kepada mereka.
Pengunjung Petting Zoo dibenarkan untuk menyentuh, merasa, memberi makanan dan bermain dengan haiwan di situ; ia amat sesuai bagi mereka yang ingin mendekatkan diri dengan haiwan berkenaan. Zoo itu turut dipenuhi dengan haiwan eksotik yang ditempatkan di dalam persekitaran sama seperti habitat mereka di hutan. Aktiviti di zoo ini dapat dilakukan bersama-sama keluarga dan ia menjadi platform kepada pelajar sekolah dan pelancong untuk mempelajari haiwan itu dengan lebih dekat.

Dibina di kawasan seluas 100,000 kaki persegi dan berlatarbelakang hutan hujan Monkey Valley. Zoo bernilai RM6 juta itu adalah kombinasi haiwan tempatan dan liar yang selamat disentuh oleh pengunjung khususnya kanak-kanak.

Kanak-kanak dapat bermain dengan haiwan seperti arnab, kura-kura, rusa, kambing African Dwarf Kids dan tikus belanda (guinea pig). Haiwan comel seperti marmoset telinga putih, marmoset telinga hitam dan macaques turut ditempatkan di situ. Rumah burung terbesar menempatkan lebih 500 jenis burung daripada 18 spesis di antaranya cockatoos, itik mandarin and merak. The Serpentarium pula adalah rumah kaca yang menunjukkan haiwan reptilia seperti ular sawa, ular bakau dan cicak gergasi (Giant Monitor Lizard).

Untuk mengabadikan kenangan di Petting Zoo pengunjung boleh bergambar kenangan bersama-sama haiwan seperti ferret, wallaby, Sugar Glider, dan termasuk Blue-Gold Macaw dan Iguana gergasi di the Rock Canopy.

Pembukaan Petting Zoo adalah salah satu tarikan yang membuatkan pengunjung untuk datang ke taman tema Lost World of Tambun!

Lost World of Tambun beroperasi mulai jam 11:00am – 6:00pm pada hari biasa dan 10:00am – 6:00pm pada hujung minggu. Pada musim cuti sekolah dan cuti umum taman tema itu dibuka dari jam 10 am - 6 pm.


PENGEMBARAAN UNTUK PENCINTA ALAM SEMULAJADI
Berjalan merentas hutan, menerokai gua atau berkhemah semalaman.
Bersedia untuk pengembaraan merentasi hutan bukit batu kapur yang terdapat di Lost World of Tambun. Terokailah keunikan flora dan fauna serta dekatkan diri anda dengan haiwan liar di samping melihat keindahan air terjun dan gua yang penuh misteri.
Rugi jika anda tidak masuk dan selidiki ke dalam salah satu daripada tiga aktiviti penerokaan yang terdapat di Gua Datok berusia kira-kira 400 juta tahun; pemandu arah kami akan mendedahkan sejarah hebat gua itu dan bagaimana stalaktit dan stalagmit terhasil.
Bagi pengunjung muda yang inginkan kelainan, mereka boleh berkunjung ke Gua Anak Datok, yang terletak di kaki Gua Datok. Gua ini tidak begitu mencabar namun ia menarik perhatian golongan muda yang tertarik dengan sejarah dan keindahan semulajadinya.
Jika mahu sesuatu yang lebih mencabar pengunjung boleh menerokai Terowong Batu 6 yang mengambil masa tiga jam untuk menamatkan perjalanan. Peminat alam semulajadi akan dibantu oleh pemandu arah berpengalaman. Pengunjung akan melalui terowong sepanjang 700 meter; berjalan di dalam lumpur yang mencecah paras lutut; berenang merentasi air ke kolam yang cetek sebelum menyambung perjalanan ke dalam kawasan gua yang dipenuhi air sehingga ke paras dada. Sepanjang perjalanan pemandu arah akan menceritakan mengenai sejarah dan berpeluang mempelajari sejarah, artifak perlombongan bijih timah yang masih wujud dan bagaimana terhasilnya stalaktit.

Bagi pengunjung yang berminat dengan aktiviti luar, mereka boleh berkhemah dan menikmati suasana malam di Lost World of Tambun. Berkongsilah pengembaraan malam ini bersama keluarga ataupun rakan sambil ditemani nyalaan kayu api di salah satu daripada dua tapak
perkhemahan di sini sama ada the Needle Village atau the Riverside Village. Pelbagai aktiviti yang akan mengeratkan hubungan dan memerlukan kerjasama erat dapat dijalankan sepanjang berkhemah antaranya, berkayak di tasik, berakit, sesi teambuilding dan majlis makan malam bertema.


NIKMATI SUASANA TENANG DAN NYAMAN DI LOST WORLD OF TAMBUN
Jangan lepaskan peluang untuk berlayar di sepanjang Sungai Tambun. Nikmati suasana ‘Kolam Air Panas Tambun Pada Waktu Malam’.

Pilihlah antara memberi ikan Koi makan atau menunggang kuda. Jika berkesempatan berkunjunglah semula ke sini.

Jika anda memerlukan sesuatu untuk menenangkan minda, cubalah berlayar di sepanjang Sungai Kopisan. Harga bagi Tambun River Cruise hanya bernilai RM6 seorang. Tenangkan fikiran sambil duduk beristirehat sambil bot yang dinaiki berlayar di melayari Sungai Kopisan. Tidak kira sama ada anda adalah pencinta alam semulajadi ataupun sebaliknya, Tambun River Cruise menjanjikan satu pengalaman menarik dan pengunjung harus tidak melepaskan peluang untuk mencubanya! Tambun River Cruise dibuka setiap hari (termasuk cuti sekolah) dari jam 11am pada hari biasa (kecuali Selasa) dan 10am pada hujung minggu. Masa terakhir untuk berlayar adalah pada jam 6pm.

Sejurus selesai melayari bot di sepanjang Sungai Kopisan, cabar diri anda dengan mengayuh bot berbentuk angsa di Lost World of Tambun Tasik Koi. Sama ada mengayuh bot secara berpasangan ataupun bersendirian, jangan lupa untuk memberi ikan Koi makan di dalam kolam itu!

„Tambun Hot Springs By Night’ adalah satu tempat yang wajib dikunjungi kerana ia akan menghilangkan penat selepas sehari melakukan aktiviti di Lost World of Tambun. Mempunyai suhu antara 38ºC - 46ºC ia dibuka dari jam 6pm sehingga 9pm setiap Jumaat hingga Ahad dan berharga RM5 seorang.

Selepas penat mengayuh bot dan singgah ke tempat memberi makanan ikan Koi, apa kata luangkan sedikit masa ke Malaysian horse ride, yang terletak di kawasan Amphitheatre. Kanak-kanak dan pengunjung yang mempunyai berat kurang 50 kilogram berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki kuda di sekitar taman tema itu.


MAKAN DAN MINUM DI LOST WORLD OF TAMBUN
Kopi atau teh?
Terkenal dengan Ipoh White Coffee, pengunjung berpeluang menikmati aroma kopi itu di Lost World of Tambun! Sesiapa yang mencubanya pasti terpukau dengan keenakan kopi putih itu. Diperbuat daripada biji kopi berkualiti tinggi iaitu Liberica, Robusta dan Arabica yang dipanggang sempurna seperti dilakukan nenek moyang pada zaman dahulu. Kualiti rasa masih dikekalkan dan pengunjung akan menikmati kopi putih yang paling lazat di Malaysia! Oleh itu jangan lupa untuk mencuba keenakan kopi putih itu dan bawa pulang untuk keluarga serta rakan sebagai cendera hati apabila pulang!

Jika kopi bukan pilihan anda cubalah Lost World of Tambun Roasted Rice Tea. Dihasilkan mengikut resipi tradisional, ia mempunyai rasa dan bau yang harum sejak turun temurun.
Antara bahan utama yang digunakan termasuklah, beras bakar dan daun pandan yang menghasilkan aroma serta rasa menarik yang tidak dapat digambarkan ketika menikmati secawan teh itu. Campuran gula merah dan madu membuatkan teh ini menjadi lebih enak dan adalah satu kerugian jika pengunjung tidak mencubanya!

Lost World of Tambun Roasted Rice Tea juga dapat membantu menyembuhkan penyakit antaranya, sakit tekak, menyejukkan badan dan mengurangkan demam.
Selain menghilangkan dahaga, ia adalah minuman enak yang sesuai untuk dinikmati semua peringkat umur!


PUAK MALAYANA
Keunikan sejarah Tambun turut menceritakan terdapat sekumpulan puak yang dinamakan Malayana yang wujud pada zaman dahulu. Puak itu menjalani kehidupan dengan berburu, membina kuil untuk menjana pendapatan dan berkomunikasi menggunakan bahasa yang dikenali sebagai „Koo Koo‟. Sehingga kini, puak itu dipercayai masih tinggal di Lost World of Tambun. Jika berkunjung ke sini, jangan lepaskan peluang untuk melihat tarian Malayana dengan pakaian tradisi mereka yang unik.





Maklumat Asas
 Terletak di Ipoh, Perak, Malaysia – Pejalanan 2 jam dari Kuala Lumpur dan 1 ½ jam dari Pulau Pinang.
 Mula beroperasi sejak 11 November, 2004.
 Saiz Taman Tema: 40 ekar (Fasa I – 25 ekar)
 Kapasiti Taman Tema : Lebih 10,000 pengunjung
 Kos Projek: RM61.2 juta
 Daya tarikan termasuk permainan mendebarkan di kawasan kering dan basah termasuk pengembaraan-eko.
 Pemenang anugerah „Exciting Tourist Attraction‟ 2001/ 2002 yang diiktiraf Tourism Malaysia.
 Pemenang anugerah „Exciting Tourist Attraction‟ 2007 daripada dan anugerah Perak Tourism Appreciation 2007.
 Pemenang anugerah „Best Recreational Destination‟ anjuran majalah Libur and Travelrama Tourism.
 Pemenang anugerah „Innovative Tourist Attraction‟ 2008/ 2009 dalam kategori „Natural Attraction‟ yang diiktiraf Tourism Malaysia.
Maklumat Umum Mengenai Taman Tema Lost World of Tambun
 Nama Syarikat: Sunway Lagoon Water Park Sdn. Bhd. (240342-P)
 Alamat: No. 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
 Tel: 605 542 8888
 Fax: 605 542 8899
 E-mail: lostworldoftambun@sunway.com.my
 Laman Web: www.sunwaylostworldoftambun.com
Kemudahan Disediakan Di Taman Tema LWOT:
 Tempat Berteduh (10 unit)
 Bilik Mandi dan Bilik Persalinan Pakaian
 Surau
 Tandas (termasuk untuk Orang Kurang Upaya (OKU))
 Bilik Kecemasan (First Aid Room)
Masa Beroperasi:
 Isnin – Jumaat 11 am – 6 pm
 Sabtu & Ahad 10 am – 6 pm
 Cuti Sekolah & Cuti Umum 10 am – 6 pm
 Taman tema ini DITUTUP setiap Selasa kecuali pada Cuti Persekolahan dan Cuti Umum