Selamat Datang...sila hubungi kami 047825259 untuk pakej pelancongan dengan harga berpatutan...

Thursday 7 November 2013

KOREA 5H 4M NOVEMBER 2014



JALAN-JALAN DI SELATAN KOREA 5 Hari / 4 Malam

Hari 01 KUALA LUMPUR/SEOUL 
Berkumpul di Lapangan Terbang LCCT untuk penerbangan ke Seoul dengan penerbangan Airasia. Penerbangan mengambil masa 6 jam. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Seoul, peserta akan disambut oleh wakil kami dan ke hotel untuk check-in dan berehat.

Hari 02 SEOUL/NAMI ISLAND/ITAEWON (SP/MT/MM)

Selepas sarapan, bertolak ke Nami Island. Menaiki bot menyeberangi ke Pulau Nami yang terkenal dengan tempat pengambaran filem ‘Winter Sonata’ Makan tengahari di Pulau Nami. Kemudian ke Seoul dan peserta dibawa melawat ke Masjid Seoul yang terletak di Muslim Street serta membeli belah di Itaewon Street. Selepas makan malam, kembali ke hotel.

Hari 03 SEOUL/EVERLAND THEME PARK (SP/MM)

Selepas sarapan, peserta di bawa ke Everland yang merupakan taman tema yang tercantik di Korea. Ianya seakan-akan movie world di Gold Coast, Australia. Peserta akan diberikan 5 tiket percuma untuk bermain atau menyaksikan pertunjukan di sana. Tiada makan tengahari disediakan. Sebelah petang membeli belah di Namdaemun Market iaitu salah satu bazaar yang terkenal di kalangan pelancong dan penduduk tempatan. Berbagai jenis kerongsang dan barangan lain yang terdapat disini. Makan malam disediakan.

Hari 04 INCHEON/SEOUL ( MT/MM )

Selepas sarapan, lawatan dimulakan ke Istana Kyongbok (dibina pada 1394, tahun ketiga Dinasti Chusun dan merupakan istana utama raja). Selepas itu melalui ‘Blue House’ -tempat kediaman Presiden dan War Memorial Museum. Makan tengahari di Itawon . Sebelah petang anda akan dibawa ke ‘National Ginseng Outlet’, ‘Amethyst Factory’ (batu berwarna ungu). Kemudian ke Dangdaemun Market yang terkenal di Korea yang mempunyai lebih dari 4000 kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Seterusnya ke Myeong-dong Fashion Street dan Insadong Cultural Street. Selepas makan malam pulang ke hotel.

Hari 05 SEOUL/MBC STUDIO (SP/MT/MM)

Selepas sarapan, peserta dibawa melawat ke Pusat Jualan Herba. Selepas makan tengahari peserta di bawa melawat ke MBC Studio yang terkenal menjadi lokasi penggambaran filem ‘Jewel in the Palace’. Selepas makan malam peserta akan dihantar ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 06 TIBA DI KUALA LUMPUR

Dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 05.10 pagi.
HARGA PAKEJ : (Minimum 20 org) – HARGA SEMASA (TIDAK TETAP)
RM2800.00 Seorang / Dewasa (2-3 org sebilik)
RM2200.00 Seorang / Kanak2 (berkatil – berkongsi dengan 2 dewasa)
HARGA PAKEJ TERMASUK:
• Tiket penerbangan kelas ekonomi dari LCCT-SEOUL dengan penerbangan Airasia
• Cukai penerbangan pergi balik
• 4 malam penginapan di hotel bertaraf 4 Bintang
• Pengangkutan semasa lawatan
• Makan minum seperti di aturcara
• Tip pemandu pelancong

HARGA TIDAK TERMASUK :
• Segala perkhidmatan tambahan di hotel
• Dokumen perjalanan (pasport antarabangsa)
• Segala perbelanjaan tambahan di hotel/tempat lawatan
TARIKH LAWATAN : 10,11,12 dan 14 November 2014 (Tertakluk keadaan semasa)
JADUAL PENERBANGAN :
D72682 KUL-SEOUL 1355:2115
D72683 SEOUL-KUL 2325:0510
PENDAFTARAN:
Bayaran deposit sebanyak RM 800.00 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 15 hari sebelum berlepas.
* SEBARANG PINDAAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA *

No comments:

Post a Comment