PERJALANAN DENGAN MENAIKI BAS....
LAYAN GAMBAR..TERIMA KASIH..
SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK TEMPAH TIKET MASUK LOST WORLD OF TAMBUN BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN 047825259/HP 01114699202
BERTOLAK DARI ALOR SETAR JAM 7.30 PAGI
PINTU DEPAN LOST WORLD OF TAMBUN
SEDIKIT INFO TENTANG LOST WORLD OF TAMBUN
Lima elemen utama yang menjadi tarikan
utama pengunjung untuk mengalami suasana pengembaraan bertaraf dunia
adalah – Taman Air, Taman Keriangan, Kolam Air Panas Lost World, Lembah
Harimau dan Lost World Petting Zoo.
(1) Taman Tema Air (Water Park)
Taman
Air Terjun Pantai yang mempesonakan dan permainan air sesuai untuk
semua peringkat umur. Keindahan Taman Air Terjun (Waterfall Beach
Garden) turut disertai dengan permainan air menarik untuk semua!
Di
River & Beach garden, pengunjung berpeluang untuk menikmati pantai
buatan manusia yang sempuna dan dikelilingi air terjun setinggi 20 kaki
dengan dua sungai mengalir terus ke dalam kolam. Pasir pantai seputih
mutiara dihiasi taman tropika yang subur serta pembentukan formasi batu
indah membuatkan pengunjung tidak sabar untuk memulakan pengembaraan di
Lost World of Tambun. Ketika bermandi manda di Waterfall Beach Garden,
pastikan anda mengunjungi kolam air buatan manusia terbesar di Malaysia
dengan ombak setinggi tiga kaki di Jungle Wave Bay. Kemudian, segarkan
badan dengan alunan irama muzik indah di Musical Body Wash sebelum
singgah ke Sandy Bay untuk bermain bola tampar pantai sama ada bersama
rakan atau keluarga mahupun berjemur di bawah cahaya matahari untuk
menikmati udara nyaman.
Bagi kanak-kanak bersedia untuk
menyelami pengembaraan Explorabay, yang direka khas untuk pengunjung
cilik. Lengkap dengan kawalan keselamatan yang sempurna, kanak-kanak
berpeluang untuk meneroka permainan yang disediakan di situ. Explorabay
menyediakan papan gelongsor kecil untuk kanak-kanak bermain. Di satu
sudut lain terdapat permainan interaktif berasaskan air antaranya baldi
gergasi, meriam air, semburan gajah, air pancut dan jendela air. Tarikan
yang bakal mengujakan kanak-kanak di Explorabay adalah sebuah kapal
lanun yang direka khas untuk mereka bermain dalam suasana
menggembirakan!
Pengunjung dewasa mahupun remaja yang
ingin berhadapan dengan cabaran boleh mencuba Cliff Racer yang direka
khas untuk meningkatkan tahap adrenalin anda dan sewaktu menggelongsor
seakan-akan gaya Indiana Jones – kelajuannya mencecah tahap maksima!
Aliran airnya yang deras membuatkan tiub akan berhenti tepat dihujung
gelongsor itu.
Sementara anda masih di taman tema air (wet park)
jangan lupa singgah sebentar ke Tube Raiders iaitu papan gelongsor air
yang terpanjang di Malaysia! Ia menjadi tarikan pengunjung setiap kali
melawat taman tema itu.
Jika anda tercari-cari permainan
air yang lebih santai Adventure River adalah tempatnya. Pengunjung hanya
perlu duduk di atas tiub dan biarkan ia terapung mengikut aliran sungai
sepanjang 600 meter. Sepanjang perjalanan pengunjung berpeluang melihat
keindahan semulajadi gua batu kapur dan kecantikan alam semulajadi yang
tiada tandingan. Bagaimanapun, pengunjung perlu berwaspada kerana ada
kejutan ketika merentasi sungai buatan manusia itu!
(2) TAMAN KERIANGAN (AMUSEMENT PARK)
Pelbagai permainan menarik untuk semua pengunjung tidak kira sama ada tua ataupun muda!
Selepas
bermandi manda di taman tema air (water park) pengunjung bepeluang
untuk menaiki „penerbangan‟ sambil menikmati pemandangan indah ketika
mengeringkan badan di Dragon Flights.
Permainan itu akan
membuatkan pengujung seolah-olah terbang di awan. Kemudian, singgah
sebentar menaiki kapal lanun Stormrider yang akan dihayunkan setinggi
180 darjah sehingga membuatkan pengunjung teruja selama beberapa minit.
Pengunjung
yang mempunyai anak kecil pula boleh singgah sebentar di permainan kuda
pusing Perak Parade dan Giddy Galleon untuk keluarga yang ingin
mengeringkan badan selepas penat bermandi manda di taman tema air (water
park). Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menaiki kereta api
lokomotif antik Adventure Express; sepanjang perjalanan anda sekeluarga
akan melalui beberapa kawasan menarik di sekitar Lost World of Tambun.
(3) KOLAM AIR PANAS LOST WORLD (LOST WORLD HOT SPRINGS)
Berehat dan tenangkan minda seketika dil Lost World Hot Springs!
Selepas
seharian bergembira di taman tema Lost World of Tambun, tidak lengkap
kunjungan anda jika tidak singgah sebentar di Lost World Hot Springs
untuk memanjakan tubuh badan anda. Kolam air panas itu mengandungi
galian mineral semulajadi 100% tulen. Kesegaran dan kebersihan kolam air
panas itu dihasilkan melalui bukit batu kapur yang kemudiannya mengalir
terus ke Sungai Kopisan. Pelbagai jenis mineral terdapat dalam kolam
air panas itu antaranya Kalsium Karbonat, Sodium, Kalsium, Potassium,
Magnesium, Sulfat, Klorida dan Besi. Kolam itu adalah pilihan terbaik
bagi pengunjung yang ingin mementingkan kesihatan diri.
(4) LEMBAH HARIMAU (TIGER VALLEY)
Lihat
harimau Siberia beraksi, bermain dan makan sambil mempelajari kehidupan
haiwan liar itu di Lost World of Tambun’s Tiger Valley!
Mari
berkenalan dengan Sultan, Raima, Putra, Jazz dan Azian; harimau Siberia
milik Lost World of Tambun. Lihat aksi lincah harimau bersama penjaga
sewaktu berkunjung ke Tiger Valley, dan tumpukan sepenuh pehatian
bagaimana harimau itu menunjukkan kemahiran dengan melompat ke atas batu
dan memanjat batang kayu untuk mendapatkan makanan. Pengunjung yang
berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai harimau
berkenaan berpeluang dengan menyertai program pendidikan yang disediakan
bagi mempelajari kehidupan haiwan yang semakin pupus itu secara dekat.
(5) LOST WORLD PETTING ZOO (LOST WORLD PETTING ZOO)
Pencinta haiwan berpeluang untuk mendekatinya dengan lebih dekat di Lost World of Tambun Petting Zoo!
Lost
World of Tambun Petting Zoo adalah tarikan baru yang diwujudkan di
taman tema itu. Berkonsepkan mini zoo, pengunjung berpeluang untuk
mendekati haiwan dengan beberapa sepsis haiwan yang tinggal di dalam zoo
itu. Antara haiwan yang menjadi kegemaran pengunjung termasuklah – Ruby
si rakun, Nia (ular sawa) dan Wira (Green Macaw). Luangkan masa untuk
berjalan di sekitar zoo dan pengunjung dapat mendekati haiwan itu dengan
melihat habitat semulajadi, menyentuh dan memberi makanan kepada
mereka.
Pengunjung Petting Zoo dibenarkan untuk menyentuh, merasa,
memberi makanan dan bermain dengan haiwan di situ; ia amat sesuai bagi
mereka yang ingin mendekatkan diri dengan haiwan berkenaan. Zoo itu
turut dipenuhi dengan haiwan eksotik yang ditempatkan di dalam
persekitaran sama seperti habitat mereka di hutan. Aktiviti di zoo ini
dapat dilakukan bersama-sama keluarga dan ia menjadi platform kepada
pelajar sekolah dan pelancong untuk mempelajari haiwan itu dengan lebih
dekat.
Dibina di kawasan seluas 100,000 kaki persegi dan
berlatarbelakang hutan hujan Monkey Valley. Zoo bernilai RM6 juta itu
adalah kombinasi haiwan tempatan dan liar yang selamat disentuh oleh
pengunjung khususnya kanak-kanak.
Kanak-kanak dapat
bermain dengan haiwan seperti arnab, kura-kura, rusa, kambing African
Dwarf Kids dan tikus belanda (guinea pig). Haiwan comel seperti marmoset
telinga putih, marmoset telinga hitam dan macaques turut ditempatkan di
situ. Rumah burung terbesar menempatkan lebih 500 jenis burung daripada
18 spesis di antaranya cockatoos, itik mandarin and merak. The
Serpentarium pula adalah rumah kaca yang menunjukkan haiwan reptilia
seperti ular sawa, ular bakau dan cicak gergasi (Giant Monitor Lizard).
Untuk
mengabadikan kenangan di Petting Zoo pengunjung boleh bergambar
kenangan bersama-sama haiwan seperti ferret, wallaby, Sugar Glider, dan
termasuk Blue-Gold Macaw dan Iguana gergasi di the Rock Canopy.
Pembukaan Petting Zoo adalah salah satu tarikan yang membuatkan pengunjung untuk datang ke taman tema Lost World of Tambun!
Lost
World of Tambun beroperasi mulai jam 11:00am – 6:00pm pada hari biasa
dan 10:00am – 6:00pm pada hujung minggu. Pada musim cuti sekolah dan
cuti umum taman tema itu dibuka dari jam 10 am - 6 pm.
PENGEMBARAAN UNTUK PENCINTA ALAM SEMULAJADI
Berjalan merentas hutan, menerokai gua atau berkhemah semalaman.
Bersedia
untuk pengembaraan merentasi hutan bukit batu kapur yang terdapat di
Lost World of Tambun. Terokailah keunikan flora dan fauna serta dekatkan
diri anda dengan haiwan liar di samping melihat keindahan air terjun
dan gua yang penuh misteri.
Rugi jika anda tidak masuk dan
selidiki ke dalam salah satu daripada tiga aktiviti penerokaan yang
terdapat di Gua Datok berusia kira-kira 400 juta tahun; pemandu arah
kami akan mendedahkan sejarah hebat gua itu dan bagaimana stalaktit dan
stalagmit terhasil.
Bagi pengunjung muda yang inginkan kelainan,
mereka boleh berkunjung ke Gua Anak Datok, yang terletak di kaki Gua
Datok. Gua ini tidak begitu mencabar namun ia menarik perhatian golongan
muda yang tertarik dengan sejarah dan keindahan semulajadinya.
Jika
mahu sesuatu yang lebih mencabar pengunjung boleh menerokai Terowong
Batu 6 yang mengambil masa tiga jam untuk menamatkan perjalanan. Peminat
alam semulajadi akan dibantu oleh pemandu arah berpengalaman.
Pengunjung akan melalui terowong sepanjang 700 meter; berjalan di dalam
lumpur yang mencecah paras lutut; berenang merentasi air ke kolam yang
cetek sebelum menyambung perjalanan ke dalam kawasan gua yang dipenuhi
air sehingga ke paras dada. Sepanjang perjalanan pemandu arah akan
menceritakan mengenai sejarah dan berpeluang mempelajari sejarah,
artifak perlombongan bijih timah yang masih wujud dan bagaimana
terhasilnya stalaktit.
Bagi pengunjung yang berminat
dengan aktiviti luar, mereka boleh berkhemah dan menikmati suasana malam
di Lost World of Tambun. Berkongsilah pengembaraan malam ini bersama
keluarga ataupun rakan sambil ditemani nyalaan kayu api di salah satu
daripada dua tapak
perkhemahan di sini sama ada the Needle Village
atau the Riverside Village. Pelbagai aktiviti yang akan mengeratkan
hubungan dan memerlukan kerjasama erat dapat dijalankan sepanjang
berkhemah antaranya, berkayak di tasik, berakit, sesi teambuilding dan
majlis makan malam bertema.
NIKMATI SUASANA TENANG DAN NYAMAN DI LOST WORLD OF TAMBUN
Jangan lepaskan peluang untuk berlayar di sepanjang Sungai Tambun. Nikmati suasana ‘Kolam Air Panas Tambun Pada Waktu Malam’.
Pilihlah antara memberi ikan Koi makan atau menunggang kuda. Jika berkesempatan berkunjunglah semula ke sini.
Jika
anda memerlukan sesuatu untuk menenangkan minda, cubalah berlayar di
sepanjang Sungai Kopisan. Harga bagi Tambun River Cruise hanya bernilai
RM6 seorang. Tenangkan fikiran sambil duduk beristirehat sambil bot yang
dinaiki berlayar di melayari Sungai Kopisan. Tidak kira sama ada anda
adalah pencinta alam semulajadi ataupun sebaliknya, Tambun River Cruise
menjanjikan satu pengalaman menarik dan pengunjung harus tidak
melepaskan peluang untuk mencubanya! Tambun River Cruise dibuka setiap
hari (termasuk cuti sekolah) dari jam 11am pada hari biasa (kecuali
Selasa) dan 10am pada hujung minggu. Masa terakhir untuk berlayar adalah
pada jam 6pm.
Sejurus selesai melayari bot di sepanjang
Sungai Kopisan, cabar diri anda dengan mengayuh bot berbentuk angsa di
Lost World of Tambun Tasik Koi. Sama ada mengayuh bot secara berpasangan
ataupun bersendirian, jangan lupa untuk memberi ikan Koi makan di dalam
kolam itu!
„Tambun Hot Springs By Night’ adalah satu
tempat yang wajib dikunjungi kerana ia akan menghilangkan penat selepas
sehari melakukan aktiviti di Lost World of Tambun. Mempunyai suhu antara
38ºC - 46ºC ia dibuka dari jam 6pm sehingga 9pm setiap Jumaat hingga
Ahad dan berharga RM5 seorang.
Selepas penat mengayuh bot
dan singgah ke tempat memberi makanan ikan Koi, apa kata luangkan
sedikit masa ke Malaysian horse ride, yang terletak di kawasan
Amphitheatre. Kanak-kanak dan pengunjung yang mempunyai berat kurang 50
kilogram berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki kuda di sekitar
taman tema itu.
MAKAN DAN MINUM DI LOST WORLD OF TAMBUN
Kopi atau teh?
Terkenal
dengan Ipoh White Coffee, pengunjung berpeluang menikmati aroma kopi
itu di Lost World of Tambun! Sesiapa yang mencubanya pasti terpukau
dengan keenakan kopi putih itu. Diperbuat daripada biji kopi berkualiti
tinggi iaitu Liberica, Robusta dan Arabica yang dipanggang sempurna
seperti dilakukan nenek moyang pada zaman dahulu. Kualiti rasa masih
dikekalkan dan pengunjung akan menikmati kopi putih yang paling lazat di
Malaysia! Oleh itu jangan lupa untuk mencuba keenakan kopi putih itu
dan bawa pulang untuk keluarga serta rakan sebagai cendera hati apabila
pulang!
Jika kopi bukan pilihan anda cubalah Lost World of
Tambun Roasted Rice Tea. Dihasilkan mengikut resipi tradisional, ia
mempunyai rasa dan bau yang harum sejak turun temurun.
Antara
bahan utama yang digunakan termasuklah, beras bakar dan daun pandan yang
menghasilkan aroma serta rasa menarik yang tidak dapat digambarkan
ketika menikmati secawan teh itu. Campuran gula merah dan madu
membuatkan teh ini menjadi lebih enak dan adalah satu kerugian jika
pengunjung tidak mencubanya!
Lost World of Tambun Roasted
Rice Tea juga dapat membantu menyembuhkan penyakit antaranya, sakit
tekak, menyejukkan badan dan mengurangkan demam.
Selain menghilangkan dahaga, ia adalah minuman enak yang sesuai untuk dinikmati semua peringkat umur!
PUAK MALAYANA
Keunikan
sejarah Tambun turut menceritakan terdapat sekumpulan puak yang
dinamakan Malayana yang wujud pada zaman dahulu. Puak itu menjalani
kehidupan dengan berburu, membina kuil untuk menjana pendapatan dan
berkomunikasi menggunakan bahasa yang dikenali sebagai „Koo Koo‟.
Sehingga kini, puak itu dipercayai masih tinggal di Lost World of
Tambun. Jika berkunjung ke sini, jangan lepaskan peluang untuk melihat
tarian Malayana dengan pakaian tradisi mereka yang unik.
Maklumat Asas
Terletak di Ipoh, Perak, Malaysia – Pejalanan 2 jam dari Kuala Lumpur dan 1 ½ jam dari Pulau Pinang.
Mula beroperasi sejak 11 November, 2004.
Saiz Taman Tema: 40 ekar (Fasa I – 25 ekar)
Kapasiti Taman Tema : Lebih 10,000 pengunjung
Kos Projek: RM61.2 juta
Daya tarikan termasuk permainan mendebarkan di kawasan kering dan basah termasuk pengembaraan-eko.
Pemenang anugerah „Exciting Tourist Attraction‟ 2001/ 2002 yang diiktiraf Tourism Malaysia.
Pemenang anugerah „Exciting Tourist Attraction‟ 2007 daripada dan anugerah Perak Tourism Appreciation 2007.
Pemenang anugerah „Best Recreational Destination‟ anjuran majalah Libur and Travelrama Tourism.
Pemenang anugerah „Innovative Tourist Attraction‟ 2008/ 2009 dalam
kategori „Natural Attraction‟ yang diiktiraf Tourism Malaysia.
Maklumat Umum Mengenai Taman Tema Lost World of Tambun
Nama Syarikat: Sunway Lagoon Water Park Sdn. Bhd. (240342-P)
Alamat: No. 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Tel: 605 542 8888
Fax: 605 542 8899
E-mail: lostworldoftambun@sunway.com.my
Laman Web: www.sunwaylostworldoftambun.com
Kemudahan Disediakan Di Taman Tema LWOT:
Tempat Berteduh (10 unit)
Bilik Mandi dan Bilik Persalinan Pakaian
Surau
Tandas (termasuk untuk Orang Kurang Upaya (OKU))
Bilik Kecemasan (First Aid Room)
Masa Beroperasi:
Isnin – Jumaat 11 am – 6 pm
Sabtu & Ahad 10 am – 6 pm
Cuti Sekolah & Cuti Umum 10 am – 6 pm
Taman tema ini DITUTUP setiap Selasa kecuali pada Cuti Persekolahan dan Cuti Umum
No comments:
Post a Comment