Selamat Datang...sila hubungi kami 047825259 untuk pakej pelancongan dengan harga berpatutan...

Thursday, 29 November 2012

TIP Melancong - Kekal Sihat Ketika Cuti




Mencuba pelbagai jenis makanan yang popular di destinasi percutian adalah peluang yang menyeronokkan. Namun, usah terlalu ghairah menikmati makanan di negara terbabit sehingga mengakibatkan anda menderita atau berat badan bertambah apabila pulang nanti. Ingat pelbagai jenis penyakit boleh berjangkit jika tidak mengawal tabiat makan seperti kencing manis atau darah tinggi. Tip bagaimana anda boleh kekal sihat dan berat badan tidak bertambah walaupun bercuti menggunakan konsep jalan-jalan cari makan.
1. Ketika makan di restoran, letak kenderaan jauh sedikit supaya anda boleh berjalan atau mengeluarkan perlu sebelum atau selepas menikmati makanan. Selepas makan pelbagai hidangan enak, anda boleh membakar kalori. Mungkin tidak seberapa kalori yang mampu dibakar hanya dengan berjalan ke tempat letak kereta tetapi sedikit sebanyak ia membantu. Jangan lupa banyak minum air bagi mencegah anda lapar kembali.

2. Pesan makanan dengan kandungan karbohidrat separuh daripada biasa. Anda mungkin boleh memesan nasi separuh bersama ikan untuk sumber protein. Ambil buah-buahan dan sayuran lebih dari biasa kerana ia boleh membuat anda kenyang dengan makanan yang mengandungi banyak serat.

3. Pilih makanan yang direbus, dikukus atau dipanggang. Elak memesan menu yang digoreng atau dibakar. Namun, tidak salah jika sesekali anda makan makanan yang bergoreng atau dibakar tetapi tetap melihat kandungan kalori yang ada dalam hidangan itu. Jangan makan terlalu banyak ketika malam. Hidangan yang lebih banyak boleh anda ambil semasa bersarapan atau makan tengah hari.

4. Ketika memesan minuman, pilihan pertama air mineral, teh tawar atau air buah apabila makan. Jangan terlalu banyak mengambil makanan yang manis. Berusaha memesan minuman suam dan bukannya sejuk. Ini kerana, air suam lebih mudah diserap tubuh kerana ia bersifat seperti cairan dalam keadaan manusia.

5. Perhatikan kebersihan. Pilih tempat makan yang terjamin kebersihannya dan yang penting tangan anda haruslah dicuci sebelum makan. Sia-sia saja jika anda cuba jaga kalori pada makanan tetapi melupakan kebersihan. Jika ada mengidap penyakit tertentu seperti kencing manis atau darah tinggi, usah menempah bahaya menikmati makanan yang boleh memberikan kesan terhadap penyakit anda walaupun saat itu anda menggunakan tiket ‘bercuti’. Anda pastinya tidak mahu sakit ketika berseronok bercuti bersama keluarga, kawan-kawan atau insan tersayang bukan?

No comments:

Post a Comment